Sunday, June 26, 2005

Demam tahap kronik! Akademi Fantasia lll

Aduh duhhh... sampai ke sini demam AF 3 kali ni. Hebatnya penangan AF kali ni. Terkini dari ASTRO.
PENGUMUMAN!

Ingin dimaklumkan bahawa Konsert Akademi Fantasia Minggu Kelima iaitu pada hari Sabtu, 2 Julai akan diadakan secara terbuka di lokasi luar dan kemasukan adalah percuma kepada orang ramai! Konsert ini akan dipentaskan di Dataran Putrajaya, Boulevard, Precint 3, Putrajaya. Tiada tiket diperlukan dan tiada had umur dikenakan untuk menonton konsert ini. Ini merupakan tanda penghargaan dari pihak Astro diatas sokongan padu yang diberikan oleh peminat-peminat setia Akademi Fantasia. Bagi kemudahan orang ramai, perkhidmatan bas akan disediakan oleh pihak Perbadanan Putrajaya dari tempat letak kereta dan Terminal ERL ke tapak konsert di Dataran Putrajaya. Tambang bagi setiap perjalanan akan dikenakan sebanyak 50 sen untuk orang dewasa dan 30 sen untuk kanak-kanak. Seperti konsert-konsert sebelum ini, Konsert Akademi Fantasia kelima ini akan disiarkan secara langsung dari Dataran Putrajaya mulai 8.30 malam. Orang ramai yang ingin menonton konsert ini diminta datang ke Dataran Putrajaya lebih awal. Bagi minggu-minggu seterusnya, lokasi Konsert mingguan Akademi Fantasia akan diadakan semula di Stadium Malawati Shah Alam. Datanglah berkhelah beramai-ramai di konsert ini ya!

Comment: Demam orang Malaysia, tahap kritikal sangat ni!


Menuju Puncak

Sepatutnya kalau dah duduk dekat tempat Mat Salleh ni, duduk depan TV tengok Big Brother, Celebrity Love Island, The Farm.. these are famous English reality show matching to AF3 and Malaysian Idol. Tapi asyik teringat tanah air tercinta. Tambah lagi bila dah ramai yang dah pun balik untuk Summer Holiday. Yang tinggal pun jadilah macam ni, sampai mandi tak basah, tidur tak lena (macam K. Zura yang teringat Mawi).. Asyik download AF diaries, AF concerts (thanks to K. Zura)... for bloggers.. it seems almost every blog that I landed wrote something about AF3.

My most respectful 'Kudos' to Sultan Muzaffar for his ULTIMATE devotion to AF3 feeding us with comments and ideas about the going-ons in AF3. Trust me there are just too many eyes and ears whom are very eager to read your blog wahai Encik Sultan (SM). Sampaikan Makcik Terlampau yang baru sahaja mengoperasikan blog AF nya, blognya dah dalam ranking no 6! Perjuangan Anak Muar diteruskan juga kali ni dengan kesinambungan penyampaian blog oleh penulisnya. Kalau dulu AF2 sekarang AF3, mesti ramai peminat blog yang satu ni. One blog that I just found out from my informer (K. Zura) is Klubkidd's which is at the moment (and will always be) is the most reliable and CLOSEST source to the AF3 students themselves. Pun begitu, jangan lupakan laman web rasmi AF oleh ASTRO.

I still haven't had the chance to go through all of them, its just too much info that I have to absorb at a rate too fast I can't cope .. I am feeling really left out from the updates of AF now, since the latest Concert is still not up for download.


TERUSKAN Mawi World!

No comments: