Thursday, July 21, 2005

Memanjangkan peringatan dari Penghulu..

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera
Berhubung incident yang berlaku diLondon pada jam 2.27 petang tadi, saya mendapat arahan daripada MSD untuk menyampaikan informasi terkini kepada semua warga MCCH bahawa keadaan di UK secara dasarnya adalah terkawal dan baik. Letupan kecil yang berlaku tadi tidak mempunyai motif yang tertentu dan masih diperingkat siasatan. Namun sentimen terhadap Muslim terutamanya sekarang adalah tinggi (Ref:CIf Inspector Lomaz, 14 Julai 2005, GMP). Oleh yang demikian semua warga MCCH dan Malaysian Manchester secara amnya diminta untuk mengelakkan dari sebarang perkara-perkara yang boleh menimbulkan suasana tidak kondusif dikalangan masyarakat setempat. Bagi ibu-ibu yang berkerjaya (part-time) melebihi jam 8 malam adalah tidak digalakkan berjalan bersendirian.Sila pastikan keselamatan ibu-ibu dan isteri-isteri semasa dan selepas kerja.
Hasil perbincangan bersama Timbalan TYT Pesuruhjaya TInggi Malaysia London, En Zainal kelmarin, beliau juga meminta semua warga Malaysia saling ingat-mengingat antara satu sama lain.
Untuk makluman semua, MCCH diminta untuk menubuhkan satu task-force keselamatan bagi persediaan untuk apa jua perkara yang tidak diingini berlaku. Semua warga MCCH juga diminta untuk melaporkan kepada MCCH sekiranya terdapat apa jua insiden kecil mahupun besar yang berlaku.
Adalah diingatkan bahawa ingatan yang diberikan tidak bermaksud suasana sekarang tidak kondusif tetapi sekadar langkah berhati-hati. Saya juga telah diberi jaminan oleh pihak Polis Komuniti Manchester bahawa keselamatan dan suasana di Manchester adalah yang terbaik dan terkawal buat masa ini
Sekali pihak MCCH ingin mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli.
Salam Hormat


RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB
Penghulu MCCH

No comments: