Thursday, May 12, 2005

betul ke wahai lelaki??

Petua Memikat Lelaki...

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap
sombong apabila berinteraksi dengan Lelaki.

2. Berpewatakan menarik dan mempunyai tingkah
laku yang baik mampu menarik minat Lelaki.

3. Lelaki menyukai sikap yang tidak banyak
kerenah dan boleh bertolak ansur.

4. Jujur, amanah dan ikhlas serta sentiasa
merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan
apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik
(terpulang kepada individu.. taste memasingkan..).

7. Pandai dalam memainkan peranan ketika
berada di samping lelaki yang anda minati.

8. Usah cemburu yang terlalu over.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa
gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti
mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak
terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia
yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat
dirinya.

13. Lelaki sukakan insan yang berterus terang
tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu
minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor
kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia
bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti
kamu ini insan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila
berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua
keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di
atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari
orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak
berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki
yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan
senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang
setia dan tidak suka insan yang suka
membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai
dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Sesekali lakukan aktiviti out door bersama -
lelaki amat mengemari aktiviti out door.

24. Lelaki tidak suka jika kamu berpakaian tak
sesuai mengikut tempat.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-
teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah
laku. Lelaki tidak suka insan yang bersikap terlalu
kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan
berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama
di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas
dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini
terlalu baik dan 'perfect'.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai
paras rupa yang menarik.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan
tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Sentiasa bercakap dengan ikhlas, jujur dan
lembut dengan mereka.

35. Kebersihan diri adalah keutamaan untuk
memikat lelaki.

36. Ketahuilah lelaki walau nampak kasar tapi
adalah adalah golongan yang terlalu sensitif.

37. Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum
kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki
adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu
yang kemas.

39. Jangan mengutuk lelaki samada didepannya
atau membelakanginya.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali
seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya
tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti
sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu
menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran
yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan
tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki suka insan yang mesra.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang
insan yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika
berada di samping lelaki yang kamu minati.

No comments: