Semenjak beberapa menjak, sanubari persilatan terbuku jauh didalam jiwa... Penulisan sebegini mengingatkan kembali semangat dan perjuangan yang terpahat didalam minda..
Diambil dari sidang silat, dengan pelbagai komen membangun yang jelas arah tujuannya (Authored by Salman).. Seiring dengan kata-kata Saudara Amrahi Buang "Pendekatan kita adalah mudah, kita berjuang bukan kerana dipaksa oleh sesiapa. Kita bergerak sehati, sejiwa, seiya, sekata,segerak dan searah untuk memenuhi visi perjuangan kita."
Tajuk : Silat dijulang, Budaya terbilang
Pengguna : Salman
Tarikh : 2005-02-25 12:28:27
Assalamualaikum
Kesungguhan kita menyambut ulangtahun ke 40 kelahiran semula SC bukan lagi cerita mainan. Tidak cukup dengan pengisian program sepanjang tahun, kita tampil mengemukakan tema perayaan yang dinamis. Ramai yang maklum dengan maksud tema tersebut. Sungguhpun demikian, saya ingin memberikan sedikit pandangan untuk difikirkan bersama.
SC pada zahirnya, hendaklah mahir pada anggotanya. Silat adalah gerak. Gerak itu hidup. Jelasnya apabila kita membicarakan persilatan secara khusus, tidak mungkin kita dapat lari dari gambaran kehidupan. Untuk hidup kita perlu kepada perubahan agar diri dan persekitaran turut berubah. Silat adalah warisan yang perlu dipertahankan. Biar pernah wujud anasir hitam yang merobek kemurniannya, masih ada lagi sinar yang mampu mengangkatnya kembali ke tempat asalnya. Ada pendapat yang mengatakan asal silat bermula dari makam yang mulia iaitu dari dada para ilmuan dan cendikiawan. Ilmu diperturun dengan penuh tradisi dan tatasusila agar penerima dapat meneruskan turunan ilmu tanpa henti. Andai pendapat ini benar pastinya silat ini pernah bertapak kukuh pada satu kedudukan yang amat tinggi. Jika ini sememangnya berlaku, saya amat yakin silat pada satu ketika dahulu merupakan nadi yang menggerakkan kehidupan satu tamadun yang hebat.
Perkataan budaya terhasil dari cantuman budi dan daya yang membawa maksud usaha bersungguh-sungguh untuk memelihara siasah terpuji. (berdasarkan pemahaman yang diterima melalui SC) Usaha yang berterusan akhirnya membuahkan kebiasaan yang diterima oleh keseluruhan masyarakat. Di awal perkembangan tamadun silam, ukhuwah dan ikatan persaudaraan yang kuat telah membentuk kelompok masyarakat setempat yang hebat. Mereka amat berbangga dengan kampung halaman. Hatta atas rasa bangga dengan kampunglah maka nama-nama agung seperti Syeikh Idris Al-Marbawi, Syeikh Daud Al-Fatani (sekadar beberapa nama) merakamkan tempat asal usul mereka dihujung nama. Apa yang cuba digambarkan ialah kemasyhuran nama, asalnya bermula dengan satu budaya ilmu yang bersemi dari tempat kelahiran. Demikian diantara usaha yang dimainkan oleh para ilmuan terdahulu. Tidak salah jika langkah tersebut disusuli. Cuma kontek perlaksanaan harus lebih kontemporari.
Saya berpendapat, memartabatkan silat bukan sekadar mempopularkan gerak seninya yang hebat. Apa yang lebih diutamakan ialah sejauhmana kefahaman dan falsafah yang dibawa dapat dikembangkan sehingga membentuk kefahaman sejagat. Hampir segenap cabang ilmiah dan seni gerak SC telah dan sedang saya terokai. Pastinya, belum lagi ditemui salahnya faham yang dibawa. Telah ramai sahabat seperjuangan Ustaz dalam penyebaran wadah persilatan ditemui. Tiada barang seorang yang mempamirkan fahaman yang jauh bercanggah dengan didikan yang disemai. Inilah kelebihan kita. Maaf. Saya berbicara dalam kontek pengalaman bersama ahli-ahli SC. Sehubungan itu, kekuatan yang sedia terbentuk, sudah cukup mantap untuk kita ketengahkan kemurnian amalan dan kefahaman yang dibawa, untuk tatapan dan penerimaan masyarakat. Cuma perkara yang dinyatakan bukan kerja mudah. Budaya perlukan penerimaan sejagat yang sebati dengan kehidupan seharian. Sedangkan kehidupan seharian dilingkari dengan ketamadunan barat.
Pendidikan menurut SC mendasari method penyampaian dan kefahaman yang bermula seawal berdiri lurus. Dilihat dari segi silibus, pendidikan formal berakhir dengan penerimaan buah terakhir. Selebihnya adalah kemahiran yang bertujuan membentuk kebiasaan. Tanpa ada kemahiran, boleh dikatakan agak payah untuk kita membentuk budaya terbilang melalui persilatan. Ini adalah kerana kefahaman dan kemahiran perlu dipandu, dihurai, dirumus dan ditahkidkan oleh Guru. Andai ini kurang sempurna, impian mungkin berakhir ditapak yang sama. Guru adalah nadi yang menggerakkan minat. Pada Gurulah tersembunyi segala khazanah yang bakal merungkai kekusutan yang menghalang pembentukan sahsiah. Pada Guru jugalah terbentang segala huraian falsafah yang menjadi mangkin pembentukan peribadi. Lantaran itu, dalam usaha untuk menjulang silat ini, jangan sekali-kali kita membelakangi Guru.
Kebangkitan SC sebagai fenomena bukan lagi khayalan. Falsafah Silat kini sebenarnya telah berlegar diminda para ahli yang bertaburan di segenap lapangan. Bahkan secara tidak sedar, masyarakat yang berada disekeliling mereka turut dibawa untuk menerima kefahaman dan sahsiah yang ditunjukkan. Apa yang jelas selama 40 tahun SC hidup dipersada budaya kita, masyarakat sebenarnya telah jatuh hati dengan kehebatan para pendokong yang memiliki cara fikir dan tindak yang mendahului mereka. Hakikat ini mereka maklum. Cuma mereka masih tercari-cari wasilah sesuai untuk dipraktikkan. Mereka perlukan contoh. Nah ini tanggungjawab kita. Mahirkan seni kaki dan tangan. Mantapkan seni gerak kita. Perhalusi kefahaman diri. Pamerkan kemurnian peribadi. Kitalah sebenarnya warisan yang perlu mendahului masa. Saya yakin bahkan ramai lagi yang turut yakin, inilah silat akhir zaman.
SALMAN

No comments:
Post a Comment